GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

PEMBONCENG motosikal ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk pegawai polis ketika diminta mengemukakan permit perjalanan rentas negeri di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kilometer 1, Jalan Endau-Rompin, dekat Mersing, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, lelaki berumur 29 tahun dan berasal dari Pahang itu kini direman selama empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 332 dan 186 Kanun Keseksaan.

"Kejadian berlaku kira-kira 5 petang semalam, di mana pegawai polis bertugas menahan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dinaiki dua lelaki.

"Semasa pegawai polis meminta kad pengenalan dan permit perjalanan, pembonceng motosikal itu tiba-tiba naik angin lalu mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk pegawai polis berkenaan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berlaku pergelutan semasa pegawai polis hendak menahan pembonceng itu dan menyebabkan pegawai polis lelaki terbabit mengalami luka kecil di bahagian atas mata kanan.

Katanya, pembonceng itu yang juga seorang nelayan sedang dalam perjalanan dari Mersing ke Pahang.

Rakannya yang menunggang motosikal itu pula tidak terbabit terlibat dalam kes itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2020 @ 8:23 PM