Nor Amalina Alias


HASRAT keluarga Harun Daud, yang juga mangsa tragedi bot terbalik untuk melihat jasad arwah dan dikebumikan akhirnya termakbul, apabila mayat lelaki itu ditemui, 4.19 petang hari ini.

Mayat Harun berusia 57 tahun ditemui terapung oleh nelayan yang sedang memancing, 21 batu nautika dari Jeti Perikanan Kemasin.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Shamsulmuddin Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat nelayan itu sebelum disahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) yang tiba di lokasi pada 4.50 petang.

"Mayat mangsa dibawa ke jeti dan tiba pada 7 malam dan identitinya dikenal pasti selepas pengecaman dibuat anak mangsa, berdasarkan pakaian dan seluar dipakai.

"Kita turut menemui satu telefon bimbit dan dompet mengandungi pengenalan diri atas nama mangsa," katanya dalam sidang media di Jeti Perikanan Kemasin, Bachok, hari ini.

ANGGOTA bomba mengangkat jenazah mangsa untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II selepas ditemui terapung di laut jam 4.19 petang oleh nelayan yang sedang memancing. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
ANGGOTA bomba mengangkat jenazah mangsa untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II selepas ditemui terapung di laut jam 4.19 petang oleh nelayan yang sedang memancing. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, untuk bedah siasat.

Penemuan itu menjadikan angka korban tragedi bot terbalik seramai enam orang, manakala dua lagi masih hilang iaitu Arman Ismail, 43, dan Che Wadi Bakar, 40.

Sementara itu, hujan 'mengiringi' jenazah Harun yang juga bekas penghulu Kampung Pengkalan Pasir ketika tiba di rumahnya, sekali gus menambah kepiluan isteri, Rusniwati Abdullah, 50, dan anaknya.

Abang Harun, Sufri Daud, 60, berkata, keluarga reda dan bersyukur kerana kurang tiga jam solat hajat dilakukan, mangsa akhirnya ditemui seolah-olah memberi jawapan kepada solat dan doa mereka sejak kehilangannya empat hari lalu.

AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan sebaik jenazah tiba di jeti. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan sebaik jenazah tiba di jeti. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Berita berkaitan

  • Operasi SAR tertumpu di laut
  • Tiga mangsa hilang mungkin hanyut [METROTV]
  • 'Suami tak tenang, masih meracau'
  • Tiga masih belum ditemui
  • Tragedi bot terbalik: SAR ditangguh [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: 'Hanya fikir mati'
  • Empat pemancing maut, empat hilang
  • Operasi SAR kesan 4 pemancing diteruskan
  • 'Sempat rayu suami tak ke laut' [METROTV]
  • 'Dia teruja lain macam...'
  • Tragedi bot terbalik: Tiga dirawat di wad masih trauma
  • Tragedi bot terbalik: Firasat ibu jadi kenyataan
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 8:55 PM