X
MOHD Sharim ketika membuang undi di Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Felda Chini 3. FOTO Farizul Hafiz Awang
MOHD Sharim ketika membuang undi di Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Felda Chini 3. FOTO Farizul Hafiz Awang
Shamran Sarahan


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengesahkan setakat 8 malam ini, calon BN, Mohd Sharim Md Zain, 41, mendahului Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dengan memperoleh majoriti 12,041.

Berdasarkan portal rasmi SPR, keputusan tidak rasmi menunjukkan Mohd Sharim memperoleh 13,198 undi, manakala calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, beroleh 1,157 undi dan seorang lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, hanya mendapat undi 133 undi.

SPR memaklumkan sebanyak 74 peratus daripada 20,816 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab itu di 13 pusat mengundi yang dibuka bermula 8 pagi hari ini.

PRK ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan yang pertama buat Perikatan Nasional (PN) selepas mengambil alih kepimpinan negara daripada Pakatan Harapan (PH) pada Mac lalu.

PRK DUN Chini turut mencatat sejarah sebagai pilihan raya berlangsung dalam kebiasaan baharu yang membabitkan pelbagai perubahan dibuat susulan pandemik Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan PRK DUN Chini
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 8:21 PM