AZHAR Azizan Harun. FOTO arkib NSTP
AZHAR Azizan Harun. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

DATUK Azhar Azizan Harun meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 29 Jun lalu.

SPR dalam kenyataannya memaklumkan Timbalan Pengerusinya, Dr Azmi Sharom akan menjalankan tugas-tugas Pengerusi SPR sehingga pelantikan pengerusi baharu dilakukan.

"Peletakan jawatan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat Istana Negara bertarikh 30 Jun.

"Selaras dengan Perkara 114(7) Perlembagaan Persekutuan, Dr Azmi Sharom selaku Timbalan Pengerusi SPR akan menjalankan tugas Pengerusi SPR sehingga pelantikan baharu," katanya hari ini.

Azhar dilantik pada 28 September 2018 bagi menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 1:00 PM