Wartawan HM


"SAYA mengakui kebodohan, kesilapan saya dan reda atas apa yang berlaku, sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Saya mohon maaf sangat-sangat."

Demikian permohonan maaf Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut selepas mencetuskan kontroversi dengan menuduh kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat.

Dakwaan itu yang dibuatnya itu tular di media sosial serta ramai netizen mengecam kata-katanya itu.

Menurutnya, dia mengakui kesilapannya dan berjanji tidak akan menyentuh atau mengulas sebarang perkara yang berkaitan dengan dua pihak berkuasa itu pada masa depan.

"Saya Mohd Asri Hamid dengan ini sepenuh hati, rendah diri dan sehina-hinanya memohon maaf kepada seluruh anggota PDRM dan ATM atas kesilapan, kejahilan dan kebodohan saya kerana celuparnya mulut saya yang membuat satu kenyataan mengatakan kebanyakan polis malas solat.

"Saya memohon jutaan maaf kerana saya tidak jangka boleh cakap macam itu, saya langsung tak berniat untuk guris hati rakan-rakan PDRM dan ATM. Saya sekali lagi memohon maaf kerana Allah, maafkan atas segala kesilapan saya," katanya," katanya melalui rakaman video, di sini hari ini.

Berita berkaitan

Dakwaan Asri Janggut keterlaluan - KPN

Tuduh polis tak jaga solat, kertas siasatan terhadap Asri Janggut dibuka

Ulasan Asri Janggut polis tak solat cetus kontroversi [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 2:13 PM