Izwan Abdullah


Kota Kinabalu: "Kita ada Perlembagaan Malaysia sebagai asas untuk buat keputusan, jadi apapun yang dikatakan, ini akan diputuskan dalam Perlembagaan," kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau memberi reaksi itu bagi mengulas dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Muhyiddin berkata, beliau masih Perdana Menteri meskipun pemimpin pembangkang itu hari ini mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk mengambil alih jawatan itu.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut perkara itu kerana menghormati pandangan selain menyerahkannya kepada perlembagaan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

"Saya tidak mahu sentuh (dakwaan Anwar itu) kerana ini kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Luyang, di sini, malam ini.

Turut hadir Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, calon Perikatan Nasional (PN) Luyang Gee Tien Siong dan calon Barisan Nasional (BN) Likas Dr Chang Kee Ying.

Muhyiddin berkata, sebagai Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab terhadap semua rakyat negara ini tanpa mengira kaum.

"Saya di sini masih Perdana Menteri. Apapun situasi dalam negara, sebagai pemimpin negara saya bertanggungjawab kepada semua tanpa mengira Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban," katanya.

Tengah hari tadi, Anwar dalam satu sidang media di Kuala Lumpur mendakwa memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan hanya menunggu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

MUHYIDDIN ketika berucap pada pada Forum Bandar Malaysia (MUF) 2020. FOTO Asyraf Hamzah.
MUHYIDDIN ketika berucap pada pada Forum Bandar Malaysia (MUF) 2020. FOTO Asyraf Hamzah.

Berita berkaitan:

  • Muhyiddin PM sah mengikut Perlembagaan - Abdul Hadi
  • Muhyiddin perlu dikekalkan - MB Kedah
  • Bubar saja Parlimen - Tajuddin
  • Pas cabar Anwar senaraikan nama beri sokongan
  • Tiada Ahli Parlimen GPS lompat - Abang Johari
  • Ada Ahli Parlimen Umno, BN nyata sokongan kepada Anwar: Ahmad Zahid
  • Saya masih Perdana Menteri: Muhyiddin
  • Agong titah semua pihak utamakan kesejahteraan rakyat
  • Anwar rakus, gila kuasa
  • GPS berdiri teguh di belakang Muhyiddin
  • DAP sokong Anwar
  • PM tenang saja
  • 'Kerajaan tidak tumbang dengan hanya isytihar sahaja'
  • Amanah sokong Anwar
  • 'Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen' - Anwar
  • Anwar umum dapat sokongan kukuh bentuk kerajaan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2020 @ 10:16 PM