Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin meminta diberi tempoh untuk membuat keputusan siapa akan diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Perkembangan terbaharu itu dikongsi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas selesai bertemu Juhar.

"Dia (Juhar) minta tempoh... secepat mungkin, tidak lama lagi," katanya ketika ditemui selepas bertemu Juhar di Istana Negeri, di sini, hari ini.

Selain Bung Moktar, pertemuan lebih sejam bersama Juhar itu turut dihadiri Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim dan residen Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Sementara itu, Hajiji juga memaklumkan perkara sama yang mana isu perlantikan Ketua Menteri diserahkan kepada Juhar.

YANG di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. FOTO Arkib NSTP
YANG di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. FOTO Arkib NSTP

Keputusan terkini MyUndiKlik di sini untuk berita lanjut

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2020 @ 3:59 PM