ANGGOTA polis mengusung keranda mendiang Baharuddin dengan penuh istiadat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Sungai Sampo. FOTO BERNAMA
ANGGOTA polis mengusung keranda mendiang Baharuddin dengan penuh istiadat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Sungai Sampo. FOTO BERNAMA
RELOW Ko (dua kiri) tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat jenazah mendiang suaminya di kompleks perumahan Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor, semalam. FOTO Sharul Hafiz Zam
RELOW Ko (dua kiri) tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat jenazah mendiang suaminya di kompleks perumahan Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor, semalam. FOTO Sharul Hafiz Zam
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Cuaca mendung mengiringi upacara pengebumian Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang maut ditembak dalam serangan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar, semalam.

Mendiang selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Orang Asli Sungai Sampo dekat sini, 12.20 tengah hari ini.

Upacara pengebumian mengikut istiadat polis itu turut dihadiri isteri mendiang Relow Ko, 48, dan tiga anaknya, bapanya Ramli Derus serta sanak saudara.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam ( KDNKA), Datuk Seri Abd Rahim Jaafar; Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusof dan Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), Datuk Kasuahdi Ali.

Mendiang Baharuddin dibunuh dalam kejadian 3.10 pagi itu manakala rakannya Koperal Norihan Tari, 39, parah dan kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah ( HTF ) Kangar, Perlis.

Sehingga ini, 18 lelaki termasuk tiga warga Thailand direman antara empat hingga tujuh hari bermula hari ini di Kangar, Perlis, bagi membantu siasatan kejadian itu.

Berita berkaitan

3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman

PGA ditembak: Mendiang mahu baiki rumah

2 das tembakan di perut, dada Koperal Baharuddin

PGA ditembak: 'Tak sangka itu gurauan terakhir mendiang'

''Mendiang abang cekal, sangat berani'''

'PGA ditembak: Mendiang dibawa ke Bahau selepas selesai bedah siasat''

'Pemergian Baharuddin kehilangan besar buat negara''

Anggota VAT69 pantau lokasi serangan - KPN'

Anggota PGA maut diserang: KDN arah siasatan menyeluruh'

Ketua Polis Negara sahkan anggota PGA maut ditembak'

'Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA'

'Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 12:55 PM