Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Jumlah kes sembuh dicatatkan hari ini melebihi kes baharu iaitu 1,148 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 50,204,kes bersamaan 81.2 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 1,109 kes baharu dicatatkan dengan 10 kes import direkodkan.

Menurutnya, Sabah kekal mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi hari ini iaitu 441 kes bersamaan 39.8 peratus daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan.

"Pertambahan kes di Sabah adalah hasil saringan dalam kluster sedia ada dan konteks rapat kes positif Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan.

"Manakala 175 kes atau 15.8 peratus dicatatkan di Selangor diikuti Negeri Sembilan iaitu 167 kes," katanya dalam sidang media Covid-19, di sini hari ini.

DR Noor Hisham ketika sidang media harian berkaitan Covid-19. FOTO Mohd Fadli Hamzah
DR Noor Hisham ketika sidang media harian berkaitan Covid-19. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Katanya pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 61,861 dengan jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan 11,307 kes.

"Dua kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 350 kesdaripada jumlah keseluruhan kes.

"Seramai 113 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 41 kes memerlukan bantuan alat pernafasan," katanya.


  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 8:23 PM