Model Mercedes-AMG G 63. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Lizam Ridzuan


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan tiga model baru kenderaan utiliti sukan (SUV) berprestasi tinggi dengan pelancaran model Mercedes-AMG G 63, GLC 63 S 4Matic dan GLC 63 S Coupe 4Matic.

Naib Presiden Jualan dan Pemasarannya Mark Raine berkata, untuk model GLC 63 dan GLC 63 Coupe dikuasakan dengan enjin 4.0 liter biturbo V8 yang mampu menghamburkan 510 kuasa kuda (hp) dengan tork puncak 700Nm.

“Ia juga dilengkapi dengan transmisi 9-kelajuan MCT Speedshift AMG dengan dua pengecas turbo ia mampu memecut dari sifar ke 100 kilometer / sejam (km/j) dalam tempoh 3.8 saat serta kelajuan maksimum mencecah 270 km/j,” katanya ketika majlis pelancaran di Sepang.

SUV ini juga didatangkan dengan empat mode pemanduan AMG Dynamic Select iaitu “Comfort”, “Sport”, “Sport Plus” dan “Individual”

Untuk Mercedes-Benz G-Class adalah SUV legenda selepas 40 tahun pelancarannya kini dengan kemasan luaran lebih moden, konsol tengah yang direka semula serta roda stereng sport pelbagai fungsi.

Model Mercedes-AMG G 63 hanya didatangkan dalam satu varian juga dengan enjin 4.0 liter V8 biturbo berkuasa 585 hp dan daya tork 850Nm mampu memecut dari sifar ke 100km/j dalam tempoh 4.5 saat.

Ia dilengkapi dengan ciri termaju seperti Pemanduan Pintar dengan Pakej Bantu Pemandu, sistem bunyi Burmester Surround serta Keyless Go.

Untuk pasaran Malaysia Mercedes-AMG GLC 63 S dijual pada harga RM915,888, Mercedes-AMG GLC 63 S Coupe (RM933,888) dan Mercedes-AMG G 63 (RM1.46 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 November 2018 @ 10:23 PM