RIM aloi IMPUL Millennium bersaiz 18 inci.
KERUSI kulit premium sulaman berlian.
PANDANGAN belakang lebih sporty.
NISSAN Serena S-Hybrid J IMPUL lebih bergaya.
Mohd Razlan Salleh

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan varian mewah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena 2.0L S-Hybrid yang dipertingkatkan secara dinamik dan lebih sporty.

Model premium Nissan Serena J IMPUL Baharu ini hadir dengan dua varian iaitu Highway Star warna luaran satu tona berharga RM147,800 manakala dua tona dijual sekitar RM149,800, kedua-duanya tanpa insurans.

Direka pakar daripada Nissan dan firma talaan IMPUL, perubahan dapat dilihat melalui lip spoiler hadapan dan belakang krom bersalut J IMPUL yang dibina khas di Jepun.

PANDANGAN belakang lebih sporty.

Komponen rekaan tiga dimensi itu memberikan tahap ‘downforce’ sehingga 10 peratus selain menambah baik kestabilan pada kelajuan tinggi.

Rim aloi IMPUL Millennium bersaiz 18 inci kemasan hitam berkilat menaikkan lagi rekaan mewah dan aspek aerodinamik MPV ini.

Ruang dalaman pula kekal premium apabila kerusi kulit premium sulaman berlian menyerlahkan lagi kemewahan sejati dari Jepun.

Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM Christopher Tan berkata, pengenalan Nissan Serena J IMPUL Baharu ini khusus untuk mereka yang mahukan dan menghargai kemewahan kenderaan Jepun.

KERUSI kulit premium sulaman berlian.

“Enjin 2.0L S-Hybrid masih menawarkan penjimatan bahan api terbaik dalam kelasnya iaitu sekitar 14.2 kilometer per liter (km/l ), sekali gus membolehkan Nissan Serena diberi status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

“Dengan pelbagai ciri inovatif seperti pintu gelongsor berkuasa bebas tangan, dua pintu di bahagian belakang, tujuh port USB, Intelligent Around View Monitor (I-AVM) bersama Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) menjadikan model ini sangat praktikal,” katanya.

Jelas Christopher, ketersambungan telefon pintar dengan Apple CarPlay menjadikan model ini sebagai MPV saiz sederhana bukan nasional paling laris.

RIM aloi IMPUL Millennium bersaiz 18 inci.

Nissan Serena J IMPUL hadir bersama jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan manakala jaminan tiga tahun atau jarak perbatuan sejauh 100,000 kilometer bagi aksesori.

Sementara itu, pemilik Nissan Serena S-Hybrid untuk menaik taraf lip spoiler hadapan dan belakang J IMPUL boleh menghantar e-mel ke [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Disember 2018 @ 6:00 AM