AHLI-ahli NSOCM yang hadir.
Lizam Ridzuan

WALAUPUN model baharu sudah banyak menjalar di jalan raya namun bagi pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena generasi pertama (C23) dan kedua (C24), mereka masih setia dengannya.

Sesuai dengan tujuan utama MPV itu dihasilkan untuk mobiliti keluarga, model yang diperkenalkan pada 1995 itu boleh memuatkan tujuh penumpang antara kelebihan yang ditawarkan.

Kelab Pemilik Nissan Serena Malaysia (NSOCM) ditubuhkan pada 2011 aktif menganjurkan pelbagai aktiviti kekeluargaan sesuai dengan bilangan ahli-ahlinya.

Antaranya perjumpaan suai kenal untuk ‘keluarga’ baharu yang menyertai kelab ini serta pemberian pelekat kenderaan yang diadakan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Lebih 25 Nissan Serena terbabit pada program bermula jam 9 pagi dengan tema program ‘Sehati Sejiwa’.

Presiden NSOCM Ridzuan Manan berkata, perjumpaan seperti itu sering dianjurkan bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli.


MODEL generasi pertama dan kedua.

“Perjumpaan ini juga membolehkan kami berkongsi cara penjagaan kenderaan selain hal-hal teknikal yang boleh diselesaikan melalui bantuan sesama kami,” katanya yang juga jurutera elektrik.

Setakat ini, NSOCM dianggotai lebih 350 ahli dari seluruh negara.

Ia juga mempunyai lebih 2,000 ahli tidak rasmi dalam laman sosial Facebook yang aktif berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai penjagaan MPV ini.

Bagi yang berminat menyertai NSOCM, yuran keahlian seumur hidup RM15 dikenakan dan syarat lain individu berkaitan perlu memiliki Nissan Serena (tanpa mengira model generasi dan tahun) serta berusia 18 tahun ke atas selain bebas daripada sebarang rekod jenayah.

Maklumat lanjut berkaitan NSOCM boleh diperoleh di nsocm.blogspot.my dan www.facebook.com/groups/nsocm/. #vroomHM. #vroomHM


AHLI kelab dengan Nissan Serena.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2019 @ 7:00 AM
Skip this ad x