Honda HR-V varian RS.
Lizam Ridzuan


UNTUK lebih gaya sporty, Honda HR-V varian RS kini tampil dengan padanan ruang dalaman gelap menggantikan Putih Ivory.

Hasil maklum balas pelanggan, Honda Malaysia menggantikan warna itu yang dipasang untuk model sebelum ini dengan hitam pada bahagian konsol tengah, panel hadapan, kerusi dan kemasan pada pintu.

HR-V RS dikuasakan dengan enjin 1.8 liter SOHC i-VTEC dan Transmisi Pembolehubah Berterusan (CVT) untuk kuasa dan penggunaan bahan api efisien.

Ia turut dilengkapi ciri sistem pengendalian dengan Nisbah Gear Pembolehubah (VGR) untuk pemanduan lebih berprestasi.

Melalui ruang dalaman gelap adalah juga kesinambungan rim aloi 18 inci dua warna, gril, bampar hadapan dan belakang sporty yang diperkenalkan pada varian ini.

Sejak diperkenalkan pada 2015, HR-V menjadi pilihan pelbagai lapisan usia yang mahukan sebuah kenderaan fleksibel dengan rekaan luaran menarik.

PADANAN ruang dalaman gelap menggantikan Putih Ivory.

Untuk rekod, model baharu ini menerima lebih 12,200 tempahan sejak diperkenalkan pada Januari lalu dengan 7,000 unit sudah diserahkan kepada pembeli.

Untuk pasaran Malaysia, Honda HR-V ditawarkan dalam empat varian iaitu 1.8L E, 1.8L V, 1.8L RS dan 1.5L Hybrid.

Ia dijual pada harga RM108,800 sehingga RM120,800.

Model ini juga mendapat penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV) didatangkan dengan lima tahun jaminan tanpa had perbatuan ditawarkan. #vroomHM.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2019 @ 8:03 AM