X
PELENGKAP kepada varian minyak Shell Advance AX7.
PELENGKAP kepada varian minyak Shell Advance AX7.
Lizam Ridzuan

Shell

Malaysia Trading Sdn Bhd melancarkan dua varian baharu minyak enjin motosikal separa sintetik Shell Advance AX7.

[email protected]

MENURUT Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, Shell Advance AX7 menawarkan tiga gred kelikatan.

“Ia membolehkan penunggang motosikal memilih minyak enjin separa sintetik premium daripada Shell Advance yang benar-benar menepati keperluan mereka,” katanya.

Ketiga-tiga gred tersebut dirumuskan dengan Teknologi Active Cleansing oleh Shell yang memberikan perlindungan lengkap untuk motosikal seperti enjin yang 33 peratus lebih bersih dan perlindungan 29 peratus lebih baik pada suhu yang tinggi.

Ia juga membantu penambahan jarak perjalanan sejauh tiga kilometer (km) bagi setiap liter bahan api, perlindungan daripada kehausan dengan 36 peratus lebih baik berbanding had industri dan tiada kehilangan kuasa walaupun selepas perjalanan sejauh 12,000km.

Shell Advance AX7 15W-50 baharu yang lebih pekat menjanjikan kelancaran penghantaran kuasa serta perlindungan yang lebih baik untuk kegunaan bagi tempoh jangka masa lama dan bertekanan tinggi.

Melalui kelikatan yang lebih rendah, ia menawarkan penggunaan bahan api efisien selain formulasi seimbang untuk hampir semua jenis motosikal bagi tunggangan harian terutama yang menempuhi kesesakan lalu lintas.

Kedua-dua varian Shell Advance AX7 10W-30 dan 15W-50 yang dijual pada harga RM33.90 bagi setiap pek satu liter kini menjadi pelengkap kepada Shell Advance AX7 10W-40.

Maklumat lanjut mengenai Shell Advance AX7 boleh diperoleh di www.shell.com.my/advance atau hubungi talian khidmat pelanggan Shell di 1 300 88 1808.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2019 @ 6:30 AM