SASHI memperkenalkan BMW X7 xDrive40i dan BMW 740Le XDrive. FOTO Mahzir Mat Isa
Lizam Ridzuan


BMW Malaysia memperkenalkan model BMW X7 xDrive40i serba baharu dan BMW 740Le XDrive baharu untuk pasaran tempatan.

Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, model yang dilancarkan itu adalah gabungan antara kemewahan rekaan dan prestasi enjin mengagumkan.

“Untuk X7 yang pertama kali diperkenalkan ialah kenderaan aktiviti sukan (SAV) dengan tujuh tempat duduk yang menawarkan keselesaan dan ruang dalaman kemasan bermutu tinggi,

“Model 7 series ini tampil dengan ciri rekaan luaran dan dalaman lebih berprestij serta teknologi enjin Pure Excellence terbaharu,” katanya ketika pelancaran.

BMW X7 dikuasakan enjin 2,998 cc petrol enam silinder selari dijana kuasa kuda 340 hp dan tork 450Nm pada 1,500 hingga 5,200 rpm serta kelajuan maksimum sehingga 245 kilometer/sejam (km/j).

Untuk BMW 740Le xDrive ia adalah kenderaan plug-in hibrid elektrik (PHEV) dengan enjin 2,998 cc mampu bergerak sejauh 45km hanya dengan menggunakan kuasa elektrik.

Untuk pasaran Malaysia BMW X7 xDrive40i Pure Excellence dijual pada harga RM888,800 dan BMW 740Le xDrive Pure Excellence Baharu dijual pada harga RM594,800.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2019 @ 8:05 PM