WAZE kini memperkenalkan ciri terbaharu iaitu paparan harga tol di sepanjang laluan berkaitan.
Lizam Ridzuan


Waze, aplikasi pandu arah dan lalu lintas sebenar, kini memperkenalkan ciri terbaharu iaitu dengan paparan harga tol di sepanjang laluan berkaitan.

Pengurus Produk Waze, Moriah Royz berkata ia adalah salah satu ciri yang kerap diminta oleh pengguna dan ia berjaya direalisasikan hasil usaha luar biasa komuniti sukarelawan mereka.

“Kini perjalanan tambah lancar dengan membantu pengguna memilih rangkaian perjalanan yang paling sesuai berdasarkan gabungan jangkaan waktu tiba (ETA) dan harga tol di sepanjang laluan,” katanya.

Ciri yang direka khas ini melibatkan lebih 30,000 sukaralewan Waze Malaysia yang berperanan sebagai editor peta yang aktif.

Enam pengguna terdiri daripada Kadyus, Kweeheng, Rickylo103, EpailXi, Izuaniz dan Lutfi_bihar membantu dengan mengumpulkan maklumat harga tol yang memberi manfaat kepada masyarakat dan komuniti di negara ini.

“Ciri ini boleh digunakan pada lorong kenderaan berpenumpang tinggi (HOV) tersedia secara automatik dan pengguna akan melihat tanda tol dalam perjalanan jika melalui laluan bertol,

“Pemandu yang mempunyai pas tol juga boleh melakukan pilihan ini di dalam aplikasi Waze, yang akan diambilkira ketika data perjalnan sedang dijana,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 November 2019 @ 6:26 PM