Lizam Ridzuan


PROTON Holdings Berhad (Proton) melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu iaitu Proton X70 edisi 2020 melalui empat varian pada harga bermula RM94,800 (Standard 2WD), RM106,800 (Executive 2WD), RM119,800 (Premium 2WD) dan RM122,800 (Premium X 2WD).

Model terbaharu ini dihasilkan melalui kilang pengeluaran yang dibina di Tanjung Malim.

Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, Proton X70 2020 ini dilengkapi pelbagai ciri dan teknologi terkini yang meningkatkan lagi proposisi nilai kenderaan berkenaan.

MODEL baru Proton X70 edisi 2020. FOTO BERNAMA

“Model ini menjadi SUV pertama dikeluarkan di kilang Tanjung Malim, PROTON menetapkan sasaran yang sangat tinggi dari segi kualiti.

“Matlamat kami adalah untuk meningkatkan standard kualiti berbanding versi pertama,” katanya selepas pelancaran di Subang Jaya, hari ini.

Katanya, pihaknya menyifatkan Proton X70 2020 adalah pencapaian besar syarikat kerana ia bukan saja menjadi model pertama yang dihasilkan melalui kilang pengeluaran baharu tetapi, berjaya mencapai tahap kualiti lebih baik berbanding model yang dilancarkan 14 bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Februari 2020 @ 5:08 PM