TAMPIL ciri elegan.
TAMPIL ciri elegan.
LOGO MINI turut digelapkan.
LOGO MINI turut digelapkan.
Lizam Ridzuan


KENDERAAN kompak premium jenama MINI memperkenalkan edisi MINI Countryman Blackheath Edition yang hadir dengan warna hitam menawan.

Hanya 48 unit model ini yang diinspirasikan daripada rimba gelap Blackheath, terletak di tenggara London, United Kingdom, ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Ia juga adalah MINI Countryman pertama dikuasakan dengan enjin 1,998 cc MINI TwinPower Turbo dan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan.

Model pacuan roda hadapan ini menjana kuasa 192 kuasa kuda pada 5,000 hingga 6,000rpm dan daya tork 280Nm pada 1,350 hingga 4,600rpm.

Ia juga dilengkapi aplikasi ‘MINI Connected’ terkini untuk pengalaman pemilikan yang lebih lancar dan unik.

Dua ciri unik model ini dapat dilihat melalui sentuhan warna hitam pada hampir keseluruhan kenderaan, seperti jaluran bonet bertona matte dalam warna aluminium.

KEMASAN lampu lingkaran hitam.
KEMASAN lampu lingkaran hitam.

Kemasan ‘MINI Accessories’ juga berwarna hitam piano.

Warna hitam itu turut membabitkan komponen seperti lingkaran perumah lampu hadapan dan belakang, gril hadapan, pemegang pintu, emblem Countryman serta MINI hadapan serta belakang.

Untuk tambahan kepada gaya sporty, model ini dipadankan dengan rim aloi John Cooper Works (JCW) Circuit Spoke 19 inci dengan tayar ‘run-flat’ dan kit JCW Aerodinamik.

SISTEM meter sambungan terkini.
SISTEM meter sambungan terkini.

Material bumbung ‘Anthracite’ serta kruis sport daripada kulit yang digabungkan dengan warna hitam karbon menyerlahkan ruang dalaman yang diserlahkan dengan ‘MINI Yours Illuminated’ untuk 12 pilihan warna lampu suasana.

Untuk pasaran Malaysia, MINI Countryman Blackheath hadir dalam varian Cooper S dijual pada harga RM253,888 dengan jaminan pengeluar selama empat tahun tanpa had perbatuan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 6:25 AM
Digital NSTP Subscribe