PROTON
PROTON
Lizam Ridzuan


SEPERTI langkah yang diambil beberapa jenama kenderaan di negara ini, Proton turut melakukan yang serupa dengan melanjutkan tempoh waranti ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Setiap model Proton yang tamat waranti semasa tempoh ini akan dilanjutkan kepada 1,000 kilometer (km) atau 30 hari (yang mana lebih dahulu) selepas hari terakhir PKP dilaksanakan.

Berikutan penutupan semua pusat servis Proton, pelanggan dinasihatkan untuk menyelenggara kenderaan dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh ini untuk memastikan waranti kekal aktif.

Untuk kemudahan dan kelancaran urusan temujanji dengan pusat servis Proton, ia perlu dilakukan dalam tempoh 15 hari selepas tamat PKP.

Maklumat lanjut boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1-800-88-8398 atau emel [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2020 @ 8:57 AM