Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) memulakan operasi secara penuh bermula 11 Mei 2020 di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) memulakan operasi secara penuh bermula 11 Mei 2020 di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Lizam Ridzuan


UMW Toyota Motor (UMWT) melalui anak syarikatnya Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) yang terlibat dalam proses pemasangan dan pengeluaran kenderaan Toyota di negara ini mengumumkan untuk menyambung semula operasinya.

Presidennya Ravindran K berkata selepas kebenaran dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan perincian khusus di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan pada 4 Mei lalu, adalah langkah terbaik untuk kebaikan negeri dan rakyatnya terutama golongan pekerja.

"Kami memulakan kembali operasi pada hari ini (11 Mei 2020) selepas ditangguhkan sejak 18 Mac lalu sebaik sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan,

"Melalui penyambungan semula operasi kami juga berharap dapat membantu merancakkan semula ekonomi serta meningkatkan momentum industri automotif dan perniagaan di negara ini," katanya.

ASSB memiliki lebih 2,000 pekerja dengan operasi penuh akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk mengekalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, sanitasi tangan serta proses pembasmi kuman di premis tiga kali sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2020 @ 11:35 AM