Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menyambung semula operasi di semua pusat pameran dan jualan Nissan di seluruh negara.
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menyambung semula operasi di semua pusat pameran dan jualan Nissan di seluruh negara.
Lizam Ridzuan


EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan untuk penyambungan semula operasi melalui pembukaan semua pusat jualan dan servis Nissan di seluruh negara.

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semua urusniaga akan mematuhi prosedur yang ditetapkan seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.

Kenderaan pelanggan juga akan disanitasi sebelum dan selepas servis serta digalakkan pembayaran tanpa sentuhan (kad atau atas talian) di kaunter.

Sempena hari raya ini ETCM juga menawarkan pelbagai promosi menarik kepada pembeli iaitu ansuran bulanan model-model Nissan serendah RM800 dan dua tahun pakej Servis Penyelenggaraan Berjadual diberikan percuma.

Untuk maklumat lanjut berkaitan servis dan promosi boleh layari www.nissan.com.my, www.tceas.com atau talian khidmat pelanggan 1-800-88-3838.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2020 @ 11:08 PM