HONDA Civic kekal sebagai pendahulu jualan kenderaan segmen-C di Malaysia.
HONDA Civic kekal sebagai pendahulu jualan kenderaan segmen-C di Malaysia.
Lizam Ridzuan


HONDA Malaysia melalui model Civic Baharunya yang dilancarkan pada Februari lalu kekal menjadi pendahulu dalam kenderaan segmen-C yang terjual sebanyak 2,900 unit di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya Toichi Ishiyama berkata ia berjaya menguasai 70 peratus pasaran segmen itu sebagai model ikonik jenama Honda yang menerima tempahan lebih 6,500 unit sehingga Jun 2020.

"Sebagai model ketiga paling laris untuk Honda di Malaysia, wilayah tengah menyumbang 44 peratus jualan, diikuti 17 peratus dari selatan dan 15 peratus dari utara tanah air serta warna Mutiara Orkid Putih menjadi pilihan 42 peratus dalam kalangan pembeli," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Honda Civic bukan sahaja menawarkan prestasi malah dengan ciri bantu pemandu terkini seperti Honda Sensing dan Teknologi Termaju Generasi Akan Datang Honda yang membantu pemandu ketika keadaan yang tidak selamat berlaku di jalan raya.

Model ini yang menetapkan aras tertinggi dalam segmennya dilengkapi elemen yang diterima baik untuk pembeli muda berkeluarga, profesional dan individu yang meminati teknologi.

Dikuasakan melalui piihan enjin 1.5L VTEC pengecas turbo untuk prestasi dinamik serta keseronokan pemanduan dengan kuasa maksimum 173PS dan daya tork 220Nm menyamai seperti enjin dikuasakan 2.4L.

Ruang dalaman luas serta kapasiti but 519 liter adaah elemen praktikal yang ditawarkan serta tempat duduk belakang yang boleh dilipat untuk nisbah 60:40.

Semua varian dilengkapi ciri keselamatan terbaik seperti enam beg keselamatan, Bantu Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantu Pengendalian Tangkas (AHA), Bantu Mula Bukit (HSA), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Penahan Brek Automatik (ABH) serta Isofix.

Honda Civic Baharu ditawarkan melalui tiga varian iaitu 1.8S, 1.5 TC dan 1.5 TC-P yang dijual pada harga bermula RM109,326 sehingga RM134,934.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 7:35 PM