GAYA ranggi.
GAYA ranggi.
Lizam Ridzuan


SELEPAS pelancaran empat model pada hujung tahun lalu, UMW Toyota Motor (UWMT) memulakan langkah kanan tahun ini dengan pengenalan dua model terbaharu.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Toyota Fortuner dan kenderaan pelbagai guna (MPV), Innova 2021 kini sudah mula boleh ditempah.

Untuk model Fortuner, dua varian ditawarkan iaitu 2.8 VRZ 4X4 A/T (menggantikan model 2.4 VRZ yang pernah diperkenalkan sebelum ini) dan 2.7 SRZ 4X4 A/T.

Untuk rekaan luaran, 2.8 VRZ dilengkapi lampu utama Quad LED dan perumah serta kedudukan lampu posisi selain isyarat gaya baharu.

Rekaan bampar hadapan dan belakang juga diberi sentuhan terkini apabila ia dipasang dengan 'skid plate' untuk gaya ranggi.

FORTUNER 2021.
FORTUNER 2021.

Perbezaan lain ialah pada bahagian bumbung tiang A, cermin sisi dan 'spoiler' belakang yang diberi sentuhan warna hitam.

Untuk varian 2.7 SRZ, ia didatangkan bersama lampu utama bi-LED dengan rekaan lebih tajam dan gril serta bampar baharu dengan perubahan kosmetik kedua-duanya selain rim aloi 18 inci.

Pakej sistem keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) juga ditambah baik dengan Sistem Pra-Perlanggaran, Amaran Pelepasan Lorong (LDA), Kawalan Pelayaran Radar Dinamik (DRCC) dan Fungsi Bantuan 'Yaw'.

Fortuner dikuasakan dengan sistem enjin diesel 1GD-FTV 4-Silinder common rail dengan ciri Variable Nozzle Turbocharger (VNT) dan intercooler.

 INNOVA 2021.
INNOVA 2021.

Unit 2.8 liter mampu menghasilkan kuasa 204PS pada 3,400rpm dan tork 500Nm pada 1,600 hingga 2,800 rpm.

Pilihan warna baharu iaitu Bronze Mica Metallic dengan bumbung hitam ditawarkan kepada pelanggan bagi varian teratas ini.

Bumbung hitam turut ditawarkan dengan warna badan Super White II, hanya untuk varian ini.

Empat lagi warna luaran ialah Medium Silver Metallic, Silver Metallic, Attitude Black Mica dan Phantom Brown Metallic.

RUANG dalaman Fortuner kemasan premium.
RUANG dalaman Fortuner kemasan premium.

Dipasang di Malaysia, SUV 4x4 saiz penuh daripada Toyota Fortuner 2.8 VRZ 4x4 A/T ditawarkan pada harga bermula RM203,183 manakala Toyota Fortuner 2.7 SRZ 4x4 A/T ditawarkan pada harga RM172,244.

Untuk model Toyota Innova 2021 dengan gaya terkini imej 'crossover', tiga varian ditawarkan iaitu 2.0X, 2.0G dan 2.0E.

Ia didatangkan dengan warna Medium Silver Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown, Silver Metallic, Super White II dan Bronze Mica Metallic (baharu).

Bagi Innova 2.0X, pelanggan turut diberikan pilihan tambahan warna iaitu Crimson Spark Red Metallic.

KABIN Innova ditambah baik.
KABIN Innova ditambah baik.

Antara perubahan kosmetik, untuk bahagian depan, ia dilengkapi dengan kemasan hitam manakala warna krom pula melengkapi gril dan perumah cermin sisi.

Rekaan baharu turut membabitkan bahagian lampu kabus, rel bumbung, kemasan pintu belakang, lengkuk tayar, 'skirting' sisi dan rim aloi 17 inci (2.0X).

Ruang dalaman dengan sistem infotainmen skrin sesentuh bersaiz 9 inci dengan Paparan Pemandangan Panorama (PVM) pula adalah ciri standard untuk versi 2.0X dan 2.0G ini.

Dua varian teratas juga menerima Paparan Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA) selain didatangkan dengan tujuh beg udara SRS dan tali pinggang keledar tiga-poin di semua baris tempat duduk.

Semua varian juga dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Pengagihan Kuasa Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) dan Kawalan Bantuan Permulaan-Bukit (HAC).

Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga RM129,677 (Innova 2.0X), RM121,483 (2.0G) dan RM111,622 (2.0E).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 6:40 AM