arena

Masters China tangguh akibat koronavirus

Oleh AFP

WABAK koronavirus yang melanda China menyebabkan kejohanan badminton pertama di negara itu tahun ini, Masters China terpaksa ditangguhkan.

Kejohanan selama enam hari ini itu sepatutnya bermula dari 25 Februari di Lingshui, China selatan pulau Hainan.

“Mengambil kira faktor kesihatan, keselamatan dan risiko logistik, penganjur percaya adalah wajar untuk menangguhkan penganjuran kejohanan itu,” kata kenyataan dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Beberapa pemain sudah pun mengambil keputusan untuk menarik diri daripada beraksi di kejohanan itu.

Wabak yang mula merebak di Wuhan itu menyebabkan 259 kematian dan merebak ke negara lain.

Beijing sudah mengambil beberapa langkah untuk menghentikan penyebaran wabak itu termasuk mengenakan kuarantin kepada lebih 50 juta penduduk di Wuhan dan sekitar wilayah Hubei.

Wuhan dijangka akan menganjurkan Kejohanan Badminton Asia pada April.

BWF bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan sama ada akan meneruskan kejohanan itu yang menjadi salah satu peluang terakhir untuk pemain layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 1, 2020 @ 6:45pm
    d