arena

Amanat TPM

Oleh Saiful Affendy Sapran

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan barisan pemain badminton negara yang akan beraksi di Kejohanan Berpasukan Asia di Manila supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak koronavirus.

Beliau yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyampaikan amanat itu ketika mengadakan sesi perjumpaan bersama skuad negara di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini.

“Terima kasih dan tahniah, kerana anda menggalas tanggungjawab sebagai duta kecil Negara.

“Dalam hal ini, anda membawa nama negara bertanding di peringkat Asia dan saya ucapkan selamat maju jaya. Pastikan bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan buat sehabis baik.

“Saya juga berharap anda semua menjaga keselamatan dan kesihatan anda sehabis baik berikutan penularan koronavirus ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kejohanan Berpasukan Asia yang bakal berlangsung dari 11 hingga 16 Februari ini juga adalah kempen kelayakan untuk ke Piala Thomas dan Uber di Aarhus, Denmark, Mei depan.

Setakat ini hampir 500 orang maut akibat wabak itu yang bermula di Wuhan, China.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 6, 2020 @ 10:54pm
    d