arena

Skuad B-17 turut terjejas di Jepun

Oleh BERNAMA

SKUAD Bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan yang kini berada di Kagoshima, Jepun akan pulang segera ke tanah air sejurus berakhir Kejohanan Bola Sepak B-19 Jepun -ASEAN, susulan penularan wabak koronavirus baharu atau Covid-19 di negara itu.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata pihak penganjur selepas berbincang dengan Kementerian Luar Jepun dan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) membuat keputusan untuk meneruskan baki perlawanan di Kagoshima tetapi membatalkan program susulan di Tokyo.

"Program lain sepatutnya diadakan di Tokyo selepas perlawanan terakhir pada 29 Februari. Ia dijadual berlangsung sehingga 4 Mac. Pasukan kebangsaan juga pada awalnya dijangka pulang ke Malaysia pada tarikh tersebut (4 Mac).

Namun dengan perkembangan terkini Covid-19, semua pasukan yang terbabit termasuk Malaysia akan bertolak pulang dari Kagoshima ke Tokyo pada 1 Mac," katanya dalam kenyataan dikeluarkan FAM, hari ini.

Beliau berkata pihak penganjur sedang menguruskan penerbangan pulang pasukan-pasukan bertanding, termasuk skuad muda Malaysia, dan pasukan kendalian Jurulatih Raja Azlan Shah Raja So'ib itu dijangka tiba di tanah air pada 2 Mac.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 28, 2020 @ 6:37pm
    d