arena

Liga Super Switzerland dihentikan

Oleh AFP

LIGA Bolasepak Switzerland (SFL) menunda semua perlawanan Liga Super dan Liga Cabaran (divisyen dua) sehingga 23 Mac sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghalang penyebaran wabak koronavirus.

“Isnin ini (semalam) dalam mesyuarat, semua 20 kelab SFL mengambil keputusan untuk menghentikan seketika perlawanan liga sehingga 23 Mac,” jelas liga berkenaan dalam satu kenyataan.

Liga berkenaan mengambil contoh yang dikeluarkan oleh kerajaan negara itu Jumaat lalu iaitu menghentikan semua acara membabitkan 1,000 pengunjung sehingga 15 Mac.

Mereka menolak untuk beraksi di stadium tanpa penyokong berikutan masalah ekonomi.

Lebih 20 orang disahkan positif di Switzerland sejak kes pertama koronovirus dikesan seminggu lalu dan Ahad lalu pihak berkuasa mengumumkan dua kelas sekolah menengah dan guru mereka dikuarantin.

Jumaat lalu kerajaan negara berkenaan terpaksa membatalkan Pameran Pemotoran Antarabangsa Geneva dan menunda kejohanan popular di Switzerland, hoki ais.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 3, 2020 @ 4:19pm
    d