arena

FitMalaysia edisi KL ditunda

Oleh Syazwan Msar

PROGRAM FitMalaysia 2020 edisi Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung Sabtu ini ditangguhkan atas faktor keselamatan akibat penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataannya berkata, acara tahunan yang mendapat penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat itu sepatutnya berlangsung di Bandar Sukan Bukit Jalil pada Sabtu ini namun atas faktor berkenaan ia terpaksa ditunda.

Pada masa sama, kementerian akan memaklumkan tarikh penganjuran program terbabit pada masa akan datang bergantung kepada situasi semasa.

“Sebarang pengumuman berkenaan pelaksanaan program FitMalaysia 2020 Edisi Kuala Lumpur pada masa yang akan datang akan dimaklumkan kemudian.

“KBS mengucapkan ribuan terima kasih kepada lebih 23,000 orang peserta yang telah mendaftar untuk menyertai program FitMalaysia 2020 Edisi Kuala Lumpur,” katanya.

Untuk rekod, Program FitMalaysia adalah aktiviti yang disertai dan sentiasa mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat umur terutamanya belia dan kanak-kanak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 4, 2020 @ 9:32pm
    d