arena

Tak boleh berjabat tangan sebelum perlawanan

Oleh Reuters

PEMAIN di Liga Perdana Inggeris terpaksa melupakan tradisi berjabat tangan dengan pasukan lawan sebagai langkah mencegah penularan wabak koronavirus, menurut liga itu awal pagi tadi.

"Tradisi berjabat tangan di antara pemain dan pegawai perlawanan turut dihentikan bermula minggu ini sehingga ke satu tarikh ditetapkan berdasarkan nasihat pakar perubatan,” kata kenyataan liga.

"Koronavirus merebak menerusi cecair dari hidung dan mulut serta boleh berpindah kepada orang lain apabila berjabat tangan."

Pegawai akan meneruskan protokol liga yang lain seperti biasa termasuk berjalan masuk ke padang dan melewati pasukan lawan tanpa berjabat tangan.

Kelab Inggeris dalam divisyen utama termasuk Newcastle United, Southampton, West Ham United dan Wolverhampton Wanderers telah pun melarang berjabat tangan ketika sesi latihan dan beberapa kelab Eropah lain turut berbuat demikian sebagai langkah pencegahan wabak koronavirus.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 6, 2020 @ 8:38am
    d