arena

FIA perkenal 'Crises Cell'

Oleh AFP

PERSEKUTUAN Automobil Antarabangsa (FIA) berkata mereka akan menjalankan perjumpaan dua hari sekali untuk memantau keadaan semasa berikutan peningkatan kes penyebaran wabak koronavirus tatkala pelbagai acara membabitkan sukan permotoran terpaksa dibatalkan.

“Perkara ini dikenali sebagai Crisis Cell FIA dan akan memantau dua hari sekali keadaan terkini di seluruh dunia.

“FIA juga akan menilai kalendar bagi kejohanan akan datang dan mengambil langkah yang perlu untuk menjaga komuniti sukan permotoran di seluruh dunia termasuk penangguhan perlumbaan jika perlu,” kata FIA melalui satu kenyataan

Setakat ini hanya perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) China yang dijadualkan berlangsung pada 19 April di Shanghai dibatalkan.

Perlumbaan Formula E di Sanya, Hainan pada 21 Mac ini turut menerima nasib yang sama.

Perlumbaan Formula E di Rome, yang sepatutnya bernula 4 April ini turut dibatalkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 7, 2020 @ 1:15pm
    d