arena

Monaco sengaja cari susah

Oleh Reuters

PELUANG AS Monaco mara ke Liga Juara-Juara terganggu dengan kekalahan 1-2 kepada Nice dalam saingan Ligue 1 awal pagi tadi.

Mereka membuka jaringan melalui penjaring terbanyak liga, Wissam Ben Yedder pada minit ke-18 namun Kasper Dolberg berjaya menjaringkan gol kemenangan di masa kecederaan untuk membolehkan tuan rumah meraih kejayaan.

Monaco, yang sebelum ini mencatat dua seri dalam dua aksi terdahulu, terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-86 apabila Stevan Jovetic dilayangkan kad merah kerana terjahan keras dan ia berlaku tujuh minit sebelum Dolberg menjaringkan gol kemenangan.

Keputusan itu menyaksikan Monaco, yang hanya akan dibezakan dengan tiga mata dibekang pasukan tangga ketiga jika mereka mencatat kemenangan, berada di kedudukan kesembilan dengan mengumpul 40 mata daripada 28 perlawanan.

Nice pula melonjak ke tangga keenam selepas mengumpul 41 mata, mereka berada di belakang Stade Reims yang menumpaskan Brest 1-0.

Pendahulu liga Paris St Germain (PSG) yang sepatutnya berangkat ke RC Strasbourg hari ini terpaksa melupakan hasrat berkenaan selepas perlawanan ditunda akibat penyebaran wabak koronavirus.

PSG sekarang ini mengumpul 68 mata daripada 27 perlawanan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 8, 2020 @ 1:32pm
    d