arena

UEFA tolak permintaan Wolves tunda perlawanan

Oleh Reuters

PERMOHANAN Wolverhampton Wanderers kepada badan induk bola sepak Eropah, UEFA supaya perlawanan pertama saingan kelompok 16 terakhir Liga Europa di Olympiakos Piraeus awal pagi Jumaat ini ditunda kerana ancaman coronavirus ditolak, kata kelab Liga Perdana itu semalam.

Wolves mengeluarkan kenyataan menerusi laman web rasmi kelab itu memaklumkan mengenai perlawanan yang disifatkan akan mendatangkan risiko kepada pemain, staf, penyokong dan keluarga yang akan ke sana, pada waktu yang kritikal dan tidak menentu seperti ini.

Tambah kelab itu mereka menghormati keputusan UEFA dan akan ke Greece untuk perlawanan berkenaan.

Perlawanan itu akan berlangsung tanpa penyokong selepas kerajaan Greece mengenakan penggantungan sementara kepada penonton acara sukan bagi membendung penularan virus.

“Kita percaya ada perkara lain yang lebih penting daripada bola sepak dan ia adalah kesihatan kumpulan kami dan orang ramai satu daripadanya,” kata Wolves.

Evangelos Marinakis, pemilik Olympiakos selain kelab Kejuaraan (divisyen dua) Nottingham Forest, berkata semalam dia sudah berusaha dalam membendung koronavirus.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 11, 2020 @ 11:27am
    d