arena

Aksi liga Inggeris berlangsung tertutup

Oleh Reuters

SEMUA perlawanan Liga Perdana Inggeris dan divisyen bawahan di England akan dilangsungkan tanpa penonton bagi langkah pencegahan koronarvirus menurut laporan the Times hari ini.

Laporan menyatakan aksi musim ini tidak akan ditangguhkan dan perlawanan tertutup akan dilangsungkan untuk mencegah penularan wabak berkenaan di kalangan orang awam.

Kira-kira 450 orang di Britain telah dijangkiti koronavirus dan lapan daripadanya meninggal dunia.

Menurut The Times “rancangan itu mungkin digunakan apabila jumlah kes koronavirus di UK melepasi angka 500.”

Serie A Itali tertangguh sementara Ligue 1 Perancis dan perlawanan La Liga Sepanyol berlangsung tanpa penonton.

Juventus hari ini memaklumkan pemain pertahanannya, Daniele Rugani didapati positif koronavirus, menimbulkan persoalan mengenai pertembungan kelab Itali itu dalam perlawanan timbal balik kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara berdepan Olympique Lyonnais minggu depan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 12, 2020 @ 9:01am
    d