arena

La Liga ditangguh

Oleh Reuters

SEMUA perlawanan bola sepak di Sepanyol membabitkan dua saingan liga divisyen utama ditangguh selama dua minggu berikutan kebimbangan penularan wabak Covid-19, jelas badan penganjur liga berkenana dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini saingan bola sepak liga bawahan di negara berkenaan sudah ditangguhkan.

Dua perlawanan bagi kedua-dua saingan liga utama sebelum ini diarahkan berlangsung tanpa penonton atas arahan kementerian kesihatan negara itu.

Kenyataan liga berkenaan berkata, keputusan untuk menangguhkan perlawanan hadir selepas Real Madrid mengarahkan pemain mereka dikuarantin selepas salah seorang pemain bola keranjang kelab berkenaan didapati positif Covid-19.

Persekutuan Bolasepak Sepanyol sudah mengumumkan semalam perlawanan akhir Cop del Rey antara Real Sociedad dan Athletic Bibao ditangguhkan.

Perlawanan berkenaan sepatutnya diadakan pada 18 April ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 12, 2020 @ 9:08pm
    d