arena

Covid-19 jejas kejohanan antarabangsa

Oleh AFP

PELBAGAI kejohanan sukan antarabangsa terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak Convid-19 dan ia diumumkan badan induk antarabangsa masing-masing hari ini.

Terbaru Grand Prix (GP) Bahrain yang dijadualkan berlangsung 22 Mac ini terpaksa ditangguhkan oleh badan induk Formula Satu (F1) dan keputusan itu dibuat selepas penangguhan GP Australia serta Vietnam.

“F1 dan Persekutuan Autombil Antarabangsa (FIA) bekerja rapat dengan promoter perlumbaan di Bahrain dan Vietnam serta penguatkuasa tempatan untuk memantau situasi terkini,” jelas F1 dalam satu kenyataan.

Turut mengalami nasib yang sama adalah perlumbaan berbasikal kedua terbesar di dunia, Giro d’Italia dan ia diumumkan oleh penganjur, RCS.

Tidak ada tarikh baru diumumkan untuk perlumbaan bertaraf Grand Tour ini, yang sebelum ini ditetapkan pada 9 hingga 31 Mei.

“RCS mengambil kira situasi di dalam negara dan seluruh dunia, mengumumkan perlumbaan Giro tahun ini ditangguhkan. Tarikh baru tidak akan diumumkan sehingga 3 April,” jelas RSC.

Berikutan beberapa kejohanan utama di Amerika Syarikat terpaksa dibatalkan kejohanan golf Masters juga terpaksa mengalami nasib sama apabila ditangguhkan berikutan wabak Convid-19.

“Berdasarkan maklumat terkini dan analisis pakar, kami mengambil keputusan untuk menangguhkan Masters,” kata Pengerusi Kelab Golf Augusta National, Fred Ridley.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 13, 2020 @ 11:13pm
    d