arena

FIFA gesa tangguh aksi antarabangsa

Oleh Reuters

FIFA menggesa semua perlawanan antarabangsa yang dijadualkan pada Mac dan April depan ditangguhkan susulan wabak koronavirus, menurut badan bola sepak dunia itu dalam satu kenyataan, awal pagi tadi.

Menurut FIFA, kelab tidak wajib melepaskan pemain untuk beraksi bersama skuad kebangsaan dalam tempoh itu.

“Berdasarkan situasi semasa, FIFA memutuskan peraturan yang menetapkan kelab perlu melepaskan pemain beraksi bersama skuad kebangsaan tidak akan diguna pakai sepanjang Mac dan April,” katanya.

Aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Asia dan Amerika Selatan telah pun ditangguhkan dan FIFA berusaha menjadualkan semula perlawanan kedua-dua zon terbabit.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 14, 2020 @ 8:07am
    d