arena

'Hidup tergendala'

Oleh Aida Adilah Mat

SITUASI dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan mudah untuk ditangani andai mental tidak kuat terutama membabitkan barisan pemain muda dalam skuad badminton negara.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana untuk menangani situasi yang merubah 100 peratus kehidupan mereka ketika ini.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann menegaskan beliau bersama barisan kejurulatihan yang lain sentiasa memantau perkembangan pemain bagi memastikan semua pemain negara berada pada tahap yang terbaik.

Katanya, mungkin ada segelintir pemain berasa lemah dari segi kepercayaan diri namun tidak dari segi prestasi mereka termasuk pemain perseorangan lelaki negara yang sedang meningkat naik, Lee Zii Jia.

Bekas perseorangan lelaki negara itu berkata, Zii Jia kini berada pada tahap prestasi terbaik namun temponya tergendala kesan dari penularan wabak Covid-19 kerana tidak boleh meneruskan latihan seperti biasa.

“Bukan Zii Jia seorang, semua pemain mengalami masalah yang sama. Hidup tergendala dan kehidupan berubah 100 peratus kerana PKP. Tapi inilah masa terbaik untuk mereka semua termasuk Zii Jia menjadi matang dengan mengambil kesempatan belajar tangani situasi mengejutkan seperti sekarang ini.

“Saya tahu dia tidak sabar untuk kembali ke gelanggang. Tapi bukan dia seorang, semua pemain berfikiran sama. Jadi inilah masanya untuk mereka belajar berdepan menangani masalah yang hadir secara mengejut seperti Covid-19 ini,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: April 20, 2020 @ 7:05am
    d