Sukan Lain

Jelajah ATP ubah jadual kejohanan

Oleh AFP

Los Angeles: Jelajah ATP mengumumkan perubahan bagi kalendar bagi musim 2021, dengan membatalkan satu kejohanan di Amerika Syarikat dan menambah dua saingan di Singapura serta Marbella.

Jelas Jelajah ATP dalam satu kenyataan perubahan berkenaan dibuat bagi membolehkan lebih banyak peluang beraksi tatkala jadual tahun ini sangat terkesan berikutan pandemik Covid-19.

Dua kejuaraan ATP 250 diberikan lesen untuk tempoh setahun bagi saingan di Singapura dan Marbella, Sepanyol.

Kejohanan di Singapura akan diadakan di Arena OCBC dari 22 hingga 28 Februari, selepas berakhirnya saingan Terbuka Australia.

Bagi kejohanan di Marbella pula ia akan diadakan pada April selepas Terbuka Miami.

Satu lagi langkah untuk mempertingkan peluang beraksi ialah dengan meluaskan lagi pusingan di beberapa kejohanan termasuk di Dubai pada Mac depan dan di Terbuka Cordoba (Februari) serta Terbuka Argentina.

Terbuka Hungary, saingan gelanggang tanah liat yang selalunya diadakan di Budapest, akan ditukar ke Belgrade.

Bagaimanapun, saingan gelanggang tanah liat di Houston, Texas yang selalunya dilangsungkan pada Arpil tidak akan dianjurkan.

"Kejohanan lain yang dimasukkan dalam kalendar 2021 kekal tanpa sebarang perubahan buat masa ini dan dijalankan mengikut jadual ditetapkan," kata Jelajah ATP.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 21, 2021 @ 1:02pm
    d