Sukan Lain

Larian obor tak meriah

Oleh AFP

Tokyo: Acara larian obor yang akan bermula bulan ini kemungkinan besar akan berlangsung tanpa kehadiran penonton, lapor akhbar Jepun.

Akhbar harian Yomiuri Shimbun melaporkan pihak penganjur bimbang dengan kehadiran jumlah penonton pada acara bermula 25 Mac di Fukushima itu sekali gus kemungkinan tidak membenarkan kehadiran 3,000 penonton seperti yang dirancang.

Pihak penganjur Tokyo 2020 enggan mengulas lanjut berhubung laporan itu yang memetik kenyataan sumber.

Penganjur juga sudah menyenaraikan peraturan ketat untuk acara berkenaan sempena temasya sukan terbesar dunia yang ditangguhkan selama setahun.

Bersorak di sepanjang jalan tidak dibenarkan dan orang ramai hanya diminta untuk melihat acara itu berhampiran rumah mereka bagi mengelak berkumpul secara beramai-ramai.

Penggunaan penutup hidung dan mulut adalah wajib dan penonton tidak dibenarkan untuk menjerit serta bersorak.

Jumlah peringkat larian juga boleh dibatalkan sekiranya terdapat aktiviti berkumpul secara beramai-ramai.

Pihak penganjur berdepan keraguan berterusan adakah temasya sukan terbesar dunia itu dapat dianjurkan dengan selamat.

Keputusan sama ada penyokong luar dibenarkan untuk menghadiri Sukan Olimpik dengan jumlah penonton terhad akan diketahui bulan depan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 9, 2021 @ 10:32am
    d