Permotoran

Lewis Hamilton positif Covid-19

Oleh AFP

Sakhir, Bahrain: Juara dunia, Lewis Hamilton diuji positif Covid-19 dan akan tersisih perlumbaan Grand Prix Sakhir hujung minggu ini di Bahrain, umum badan pentadbir Formula Satu, FIA hari ini.

"Merujuk kepada protokol Covid-19 dan garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa kesihatan di Bahrain dia (Hamilton) kini menjalani pengasingan," menurut kenyataan FIA.

"Prosedur yang ditetapkan oleh FIA dan Formula 1 akan memastikan acara hujung minggu ini tidak terjejas."

Kelmarin Hamilton memenangi Grand Prix Bahrain, yang pertama perlumbaan berturut-turut di negara Arab itu dan sudahpun melengkapkan rekod juara dunia buat kali ketujuh pada musim ini.

"Dia bangun pagi semalam dengan simptom ringan dan pada masa sama ujian berikutnya mendapati dia positif," menurut kenyataan daripada pasukan Mercedes Hamilton.

"Lewis kemudiannya menjalani ujian lanjut dan kembali dengan keputusan positif.

"Lewis kini menjalani pengasingan mengikut protokol Covid-19 dan garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa kesihatan di Bahrain.

"Selain mempunyai simptom ringan, dia bagaimanapun cergas dan sihat. Keseluruhan pasukan berharap dia berada dalam keadaan terbaik dan segera sembuh."

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: December 1, 2020 @ 6:24pm
    d