Permotoran

Leclerc positif Covid-19

Oleh Agensi

Paris: Pelumba Ferrari, Charles Leclerc mengumumkan dia diuji positif Covid-19.

Dalam kenyataan di Twitter, pelumba jentera Formula Satu (F1) berusia 23 tahun dari Monaco itu berkata: "Saya rasa OK dan hanya mempunyai simptom ringan.

"Saya akan kekal menjalani mengasingkan diri di rumah dekat Monaco sebagai mematuhi syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan."

Awal bulan ini, pelumba McLaren, Lando Norris, 21, diuji positif Covid-19 ketika bercuti di Dubai.

Sesi ujian bagi musim 2021 dijadualkan pada Mac ini, sekalipun tarikh berkenaan sepatutnya menjadi perlumbaan pertama ditangguhkan ketika Grand Prix Australia yang dipinda dari 19-21 Mac kepada 19-21 November kerana kekangan Covid-19.

Perlumbaan pertama bagi 23 yang dijadualkan kini berlangsung di Grand Prix Bahrain bermula pada 26-28 Mac.

Musim lalu, pelumba Racing Point, Sergio Perez dan Lance Stroll serta juara dunia dari Mercedes, Lewis Hamilton kesemuanya diuji positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 15, 2021 @ 12:46pm
    d