bisnes

Grab perkenal Tapau dan Pasar

Oleh Bisnes HM

BAGI memudahkan pergerakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Grab memperkenalkan pilihan ambil sendiri di GrabFood dan Pasar di GrabMart bagi memastikan rakyat Malaysia kekal terlindung dalam tempoh mencabar ini.

Grab dalam kenyataan berkata, pilihan ambil sendiri itu, dikenali sebagai ‘Tapau’ tidak memerlukan pelanggan menunggu pesanan, tanpa tunai dan tanpa kontak, dengan matlamat bukan hanya untuk membantu restoran menjana lebih banyak pendapatan, tetapi turut membantu pelanggan menjimatkan masa dan mengelak daripada orang yang ramai.

“Kami turut melancarkan Pasar, iaitu lanjutan daripada GrabMart dan kami menyasarkan untuk membawa produk segar pasaran tempatan, ayam, daging dan makanan laut kepada isi rumah Malaysia. Pada masa ini, kami bermula dengan Pasar TTDI dan kami berharap untuk memperluas kepada lebih banyak pasaran,” katanya.

Menurutnya, menjelang 25 Mac, GrabMart boleh didapati di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Kota Kinabalu, Kuching dan Ipoh.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 23, 2020 @ 5:01pm
    d