global

Lapangan terbang Bali tutup sampai esok

Oleh AFP

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali ditutup buat hari kedua berturut-turut sebagai persediaan berdepan letupan Gunung Berapi Agung.

Lapangan terbang itu akan ditutup sehingga pagi esok.

“Maklumat daripada ‘Volacanic Ash Advisory’ menunjukkan laluan penerbangan diliputi debu letusan gunung berapi. Keadaan ini sangat berbahaya bagi pesawat,” kata pegawai AirNav Indonesia, Wisnu Darjono.

Kepulan asap tebal dari Gunung Agung kelihatan sejah minggu lalu dan kini mencapai ketinggian lebih tiga kilometer.

Pihak berkuasa semalam memberi amaran Gunung Agung boleh meletup pada bila-bila masa.

Status amaran juga dinaikkan kepada tahap tertinggi, selain zon bahaya diperluas.

Berita berkaitan:

Semoga selamat pulang

22 penerbangan dibatalkan

Penerbangan pergi, keluar Bali dibatalkan

‘Demi keselamatan, saya reda’

32 penerbangan AirAsia dibatalkan

Asap setinggi 4,000 meter

Disiarkan pada: November 28, 2017 @ 6:50pm
d