global

Isytihar darurat 14 hari di Sulawesi

Oleh Agensi/ Jakarta Post

PIHAK berkuasa di tengah Sulawesi mengisytiharkan darurat selama 14 hari susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda wilayah itu, semalam, kata Agensi Mitigasi Bencana Nasional (BNPB).

Jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata, tempoh darurat itu diisytiharkan mulai 28 September hingga 11 Oktober depan.

“Pengisytiharan darurat ini memudahkan kerajaan pusat dan wilayah menggerakkan anggota, logistik, peralatan dan dana untuk penduduk dan kawasan terjejas,” kata Sutopo.

Katanya, Gabenor tengah Sulawesi, Longki Djanggola sudah melantik komander Tentera Tadulako, Kolonel Agus Sasmita untuk mengetuai pasukan pengurusan bencana.

Pasukan itu akan diletakkan di ibu pejabat perintah tentera di ibu negeri Palu.

“Beberapa pos lain juga akan disediakan di setiap bandar dan wilayah yang terjejas, ia adakah dibina dan beroperasi dalam masa terdekat,” kata Sutopo merujuk kepada bandar Palu dan tiga kawasan lain yang terjejas iaitu Donggala, Sigi dan Parigi Mouton.

BNPB akan membantu pentadbiran wilayah, ketika tempoh darurat ini terutamanya berkaitan penggunaan dana bencana.

Kerajaan Indonesia sudah berjanji memperuntukkan AS$37.6 juta (RM155.61 juta) sebagai dana bantuan. Jumlah itu mungkin ditingkatkan untuk memenuhi keperluan bantuan dan pembinaan semula infrastruktur segera.

Berita berkaitan:

200 gempa susulan [METROTV]

Maut terjun menara kawalan

Kalau belum ajal...

Jalan rosak rencat usaha menyelamat [METROTV]

Ditelan ombak 6 meter

Hampir 400 terbunuh [METROTV]

Indonesia guna Hercules, kapal maritim

Lari ke bukit, banyak mayat di pantai

Indonesia kerah semua pihak bantu Palu

Disiarkan pada: October 1, 2018 @ 12:10am
d