global

Seorang lagi mangsa gunung berapi maut

Oleh AFP/Reuters

SYDNEY: Kematian akibat letupan gunung berapi di White Island, New Zealand, semalam, meningkat kepada enam orang selepas seorang mangsa yang cedera meninggal dunia, kata polis.

Dalam satu kenyataan, polis berkata mangsa meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di Auckland. Dia antara lebih 30 orang yang cedera dalam kejadian berkenaan.

Kebanyakan mangsa yang cedera mengalami lebih 71 peratus lecuran kata ketua pegawai perubatan, Peter Watson.

Lapan orang masih hilang dan dijangka maut dalam bencana itu.

Sementara itu, anggota mencari dan menyelamat masih tidak dapat menjejak di pulau itu kerana bimbang gunung berapi berkenaan meletup lagi.

Seramai 47 orang dilaporkan berada di White Island ketika letupan berlaku. Dua puluh empat daripadanya rakyat Australia, sembilan dari Amerika Syarikat, lima penduduk tempatan, empat Jerman, masing-masing dua dari China dan Britain serta seorang rakyat Malaysia.

Rakaman kamera milik GeoNet menunjukkan sekumpulan orang berjalan di lereng kawah gunung berapi hanya seminit sebelum ia meletup.

Berita berkaitan

Lebih 24 orang mungkinsudah mati

Nyaris terkena letusan

Disiarkan pada: December 10, 2019 @ 8:35pm
d