global

Korban kedua pneumonia di China

Oleh Reuters

Shanghai: Individu kedua disahkan meninggal dunia akibat pneumonia di Wuhan, tengah China.

Ia disahkan pihak berkuasa tempatan pada Khamis.

Lelaki berusia 69 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang dan

kegagalan organ yang serius, meninggal dunia 15 Januari lalu.

Sebanyak 41 kes pneumonia dilaporkan di Wuhan yang dikatakan berpunca dari coronavirus baharu.

Coronavirus meliputi virus yang menyebabkan selesema sehingga kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Virus sama juga menyebabkan masalah kesihatan lebih serius seperti Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 17, 2020 @ 9:23am
    d