global

China rekod 17 lagi jangkitan baharu

Oleh Reuters

CHINA merekodkan 17 lagi kes pneumonia berpunca daripada coronavirus hari ini, sekali gus membangkitkan kebimbangan berikutan kebanyakan penduduk akan bercuti sempena sambutan Tahan Baru Cina.

Mengikut kenyataan dikeluarkan Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan, tiga daripada pesakit itu, kronik.

Dilaporkan, pesakit menunjukkan simptom seperti demam dan batuk bermula 13 Januari lalu.

Tambahan berkenaan menjadikan jumlah pesakit dijangkiti wabak itu meningkat kepada 62 orang, selain dua kematian.

Semua pesakit dari Wuhan iaitu bandar di China Tengah.

Cuti Tahun Baru Cina di negara berkenaan berlangsung seminggu, mulai 24 Januari.

Coronavirus meliputi virus yang menyebabkan selesema sehingga kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), pernah menyebabkan kematian 800 orang ketika wabak pada 2002 hingga 2003.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat pada Jumaat dilapor akan memulakan proses saringan dan pemeriksaan kesihatan di ketiga-tiga lapangan terbangnya untuk mengesan pelancong dari Wuhan yang mempunyai simptom berkaitan.

Thailand pula sudah merekodkan dua kes pneumonia dan Jepun, satu dengan semua kes berkenaan membabitkan mereka yang tinggal di Wuhan atau melancong ke bandar itu.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 19, 2020 @ 11:31am
    d