global

Korban keenam virus baharu

Oleh AFP

Beijing: Virus baharu seakan-akan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) kini mengorbankan enam mangsa.

Jumlah mangsa yang dijangkiti virus itu juga meningkat kepada 291 sehingga hari ini.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China berkata, hampir 80 kes baharu dilaporkan selain 900 lagi masih di bawah pengawasan perubatan.

Kes terbaharu yang dicatatkan kebanyakannya berlaku di Hubei di mana terletaknya pasar makanan laut yang menjadi lokasi pertama wabak itu bermula.

Suruhanjaya itu berkata, setakat ini lima kes disahkan berlaku di Beijing, 14 (selatan Guangdong) dan dua (Shanghai).

Malah, pihaknya menerima lebih 50 kes yang disyaki akibat virus sama dan diletakkan di bawah pengawasan yang berlaku di 14 wilayah lain di China termasuklah Jilin, Zhejiang dan Hainan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 21, 2020 @ 7:01pm
    d