global

Virus tersebar di Eropah, Australia

Oleh Agensi

Paris: Perancis mengesahkan tiga kes wabak koronavirus di negara itu, dengan dua pesakit dimasukkan di hospital di sini dan seorang lagi di hospital di Bordeaux.

Menteri Kesihatannya, Agnes Buzyn mengesahkan ia adalah kes pertama di Eropah dan menjangka lebih banyak kes akan dilaporkan di negara itu.

Beliau berkata, salah seorang pesakit, lelaki China berusia 48 tahun yang baru pulang dari China dan singgah di Wuhan, lokasi di mana wabak itu bermula.

Pertubuhan Kesihatan Dunia meletakkan virus itu sebagai kecemasan di China, tetapi belum diisytiharkan sebagai kecemasan dunia.

Sementara itu, Reuters melaporkan bahawa Australia mengesahkan kes pertama wabak koronavirus.

Pesakit berkenaan, warga China berusia 50-an tiba di negara itu dari China pada 19 Januari lalu.

Dia kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Melbourne.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 25, 2020 @ 10:04am
    d