global

56 juta rakyat 'terkepung'

Oleh AFP

WUHAN: Hampir 56 juta orang kini terjejas selepas perkhidmatan pengangkutan di seluruh bandar termasuk lima bandar terbaru berhampiran kawasan wabak koronavirus digantung.

Arahan itu termasuk menghentikan operasi laluan kenderaan awam dan laluan masuk lebuh raya ke bandar, kata pihak berkuasa wilayah itu.

Setakat ini, 18 bandar sudah mengeluarkan arahan penggantungan perkhidmatan pengangkutan wilayah Hubei.

China hari ini mengesahkan 1,287 kes jangkitan koronavirus dengan 41 kematian.

Virus yang dipercayai mula tersebar di bandar Wuhan, Hubei sejak penghujung tahun lalu kini sudah mula menular di beberapa wilayah lain antaranya Beijing dan Shanghai selain ke beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, Thailand, Korea Selatan dan Jepun.

Kerajaan republik itu juga kini giat membina sebuah hospital untuk menempatkan 1,000 katil bagi menampung kepadatan hospital tempatan yang kini menerima jumlah pesakit yang tinggi.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 25, 2020 @ 3:29pm
    d